KUALA LUMPUR – Setelah lebih 6 tahun bertapak dalam Industri pengiklanan viral sehingga menjadi salah sebuah syarikat pengiklanan yang telah memenangi pelbagai anugerah serta menjadi pilihan jenama-jenama prima di Malaysia, Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd kini akan dinaik taraf dan selepas ini akan dikenali sebagai KNKV Group.
Penjenamaan semula ini selari dengan matlamat, visi serta misi syarikat untuk menjengah pasaran Korporat, Filem, Seminar dan Latihan serta Pengurusan Acara bertaraf Global.
Menurut Profesor Adjung Hj Adam Richman, CEO Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd, penjenamaan KNKV Group ini merupakan satu langkah besar bagi memastikan syarikat terus mengukuhkan jenamanya sebagai sebuah syarikat pengiklanan pilihan utama di Malaysia serta menambah keboleh upayaan syarikat dalam memberi perkhidmatan dalam ruang lingkup yang lebih meluas.

Profesor Adjung Hj Adam Richman, CEO KNKV Group
“Kebanyakan pelanggan kami mahukan perkhidmatan yang lebih meluas dan bukan hanya tertakluk kepada perkhidmatan pengiklanan semata-mata. Namun perkhidmatan yang kami tawarkan agak terbatas sebelum ini kerana hanya tertumpu pada ruang lingkup pengiklanan semata-mata.”
“Dengan kepakaran serta pengalaman yang kami ada, KNKV Group boleh memberi lebih kepuasan kepada para pelanggan kami. Bukan hanya sekadar pengiklanan, kini kami boleh membantu para pelanggan kami untuk meningkatkan jenama, keyakinan serta jualan mereka ketahap yang luarbiasa,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Produksi pengambaran (Gambar Arkib)

Seminar dan Latihan (Gambar Arkib)
Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd telah memenangi Anugerah SME 100 Awards 2021-Fast Moving Companies, Bumiputera Business Excellence Award 2021-Business Excellence in Advertising dan One Award 2018- Outstanding National Online Advertising Company.
Manakala Profesor Adjung Hj Adam Richman pula ialah Profesor Adjung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan telah memenangi anugerah Malaysia Prestigious Industry Award (Mypia)-Top Business Strategist Award 2022 dan 100 Most Influential Young Entrepreneur 2021.
Majlis pelancaran KNKV Group dijadualkan berlangsung pada Febuari 2023 ini bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.