[Guide] Strategi Video Marketing – Panduan Lengkap 2022

Sudah terlalu banyak contoh yang kita sendiri nampak depan mata, 1 video viral jenama kita boleh meletupkan sales kita secara luar biasa.

Kalau anda nak lebih ramai orang kenal jenama anda, share konten dan lakukan ‘engagement’ pada konten anda, strategi video marketing ialah apa yang anda sedang mencari!

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan & Statistik Tentang Video Marketing
2. Membina Pelan Video Marketing
3. Jenis-jenis Video Anda Boleh Cipta
4. 5 Langkah Dalam Pembikinan video
5. Video Distribution
6. Perlukah anda hire agensi video atau Video Production company ?
7. Kesimpulan

Jom kita lihat dulu statistik keberkesanan dan betapa besarnya kesan video marketing pada jualan sesebuah syarikat.

Survey menunjukkan mereka yang mendapat pulangan tinggi dengan menggunakan video dalam pemasaran mereka.

Pengenalan & Statistik Tentang Video Marketing

Menurut kajian oleh Vidyard, ada 34% peningkatan dalam conversion rate bila ‘marketers’ gunakan video marketing dalam kempen iklan mereka. 

Menurut kajian oleh HubSpot, 84% marketers menggunakan video untuk menghasilkan leads yang berkualiti untuk jual produk dan servis mereka.

Selain itu, kita boleh nampak bagaimana berkembang dengan lajunya platform video seperti Tiktok, Instagram Reel, Facebook Watch, Youtube dan sebagainya. 

Ini semua adalah bukti yang video marketing memang sudah menjadi antara punca utama sesebuah jenama membangun dan berjaya mencipta nama di dalam pasaran mereka. 

Sebab apa ?

Video adalah sejenis konten yang senang untuk dihadam oleh audience kita yang memudahkan kefahaman mesej yang ingin disampaikan. Berbanding dengan konten dalam bentuk tulisan atau gambar, audience perlu berikan fokus yang lebih untuk memahami mesej yang disampaikan. 

Membina Pelan Video Marketing

Ramai ingat bila nak start video marketing, terus cari camera, cari spot untuk shoot, terus rekod, edit dan publish di media sosial. 

Ia tak semudah itu!

Langkah pertama dalam mana-mana kempen marketing ialah set apa objektif atau matlamat yang nak dicapai melalui video marketing ini ?

Tetapkan Objektif Anda

Dalam behavior pembelian pelanggan, ada beberapa fasa yang orang lalui sebelum mereka mengambil tindakan untuk membeli produk kita.

Cuba anda lihat 3 fasa yang orang biasa lalui sebelum mereka menjadi pelanggan kita.

Fasa 1: Awareness
Dalam fasa ini, kita jenama kita kepada audience dengan nyatakan apakah solusio yang kita boleh berikan untuk masalah mereka. Dalam fasa ini, mereka akan mula kenal wujudnya jenama kita di pasaran yang boleh bantu selesaikan masalah mereka.

Fasa 2: Consideration / Interest
Dalam fasa ini, kita menonjolkan kelebihan produk / servis kita, manfaat produk, cara guna kita yang mudah dan sebagainya untuk menaikkan minat mereka terhadap kita. Kita juga akan kemukakan ‘Brand Promise’ kita kepada audience. 

Fasa 3: Decision / Desire

Dalam fasa ini, kita tawarkan apa ‘offer’ menarik yang kita ada, yang boleh berikan nilai yang lebih tinggi berbanding dengan duit yang mereka keluarkan untuk beli produk kita.

Sebelum kita nak cipta video marketing, perlu buat keputusan kita berada di tahap mana daripada 3 fasa di atas.

Mungkin anda lama di pasaran, tapi baru nak bermula secara ‘online’, jadi wajib membuat marketing dalam fasa 1, iaitu Awareness.

Kalau anda jenama yang sudah dikenali dan mempunyai ‘fans’ ramai di media sosial, anda boleh buat terus iklan Fasa 3 dengan mempromosikan offer terbaru anda dalam bentuk video.

Kenapa kita perlu buat konten mengikut fasa ini ? Sebab setiap fasa ini mempunya konsep konten mereka tersendiri.

Mesej untuk pujuk audience yang sudah kenal kita untuk ambil offer kita, lain dari mesej untuk kenalkan jenama kita kepada audience baru.

Tentukan Siapakah Sasaran Audience & Angle Sesuai

Bila kita nak buat video marketing, tentulah kita kena tahu dulu untuk siapakah video ini dituju.

Kalau anda bisnes produk, anda kena buat keputusan video ini untuk tarik pelanggan beli produk atau tarik orang untuk jadi agen atau stokis kita.

Sebab setiap sasaran audience mempunyai mesej yang lain.

Selepas decide itu, anda perlu cari ‘angle’ mana anda nak target pula.

Contohnya katakan anda jual produk untuk sakit lutut untuk orang tua.

Antara angle yang anda boleh pilih ialah:

  • Sakit lutut sampai susah nak solat dan beribadah
  • Sakit lutut sampai guna kerusi roda dan perlu ada orang lain mengesot kalau nak jalan.
  • Sakit lutut akibat aktif sukan waktu muda dulu.

Bila anda sudah buat keputusan sasaran audience anda dan angle mana nak guna, barulah anda teruskan untuk proses seterusnya, iaitu pemilihan jenis video yang nak dibuat.

Video Jenis Apakah Saya Boleh Buat ?

Mungkin anda sendiri pernah tonton pelbagai jenis bentuk video sama ada di Facebook atau Youtube yang mempunyai keunikan dan cara mereka tersendiri. Di sini saya senaraikan 5 Jenis Video Paling Berkesan yang anda boleh cuba.

  1. Drama Short Story

Video jenis drama short story ini antara jenis yang paling kita biasa tengok di Youtube dan Facebook. Ia ada karakter utama, ada elemen emosi, ada problem statement dan solusi kepada masalah itu.

Tetapi bila kita nak promosikan produk kita melalui Drama Short Story, konsep ini akan berlatarkan pada 1 karakter utama yang menghadapi masalah, dan bagaimana produk anda dapat selesaikan masalah karakter tersebut.

  1. Video Review Dengan Drama Pendek.

Ramai terlepas pandang tentang video konsep ini. Video jenis ini akan bermula dengan drama pendek di depan yang menyatakan masalah pelanggan, dan akan sambung dengan reviu produk atau servis yang boleh selesaikan masalah tersebut.

  1. Video Review

Video review biasanya terus bercerita tentang produk atau servis yang anda nak jual. Kalau produk, anda perlu nyatakan masalah yang orang hadapi, apa manfaat produk kita boleh berikan, testimoni pelanggan yang berjaya dan akhiri dengan offer yang menarik

  1. Video Viral Isu Semasa

Video jenis ini senang jadi viral, tapi anda kena laju. Bila kita nampak ada satu-satu isu sedang viral sekarang, terus kena sediakan pelan video untuk gunakan isu tersebut dalam video anda. Sambil-sambil anda boleh membuat ‘product placement’ dan munculkan branding anda.

Video di bawah ini dibuat ketika isu ahli politik bertengking di parlimen sedang viral di media sosial.

  1. Video Temuramah atau Testimoni

Video jenis ini biasanya sesuai kalau kita ingin menemuramah orang yang mempunyai kisah sedih beremosi atau kisah inspirasi. Ia mampu buatkan orang berhenti dan tonton video itu apabila adanya trigger elemen emosi di permulaan video tersebut.

Sekarang anda sudah kenal cara nak buat pelan video marketing dan jenis-jenis video yang yang boleh dibuat, kini kita boleh proceed ke tahap seterusnya, iaitu ketahui proses pembikinan sesebuah video daripada idea kepada terciptanya video penuh.

5 Proses Dalam Pembikinan Sebuah Video

  1. Sediakan Skrip

Bila nak buat sebuah video, anda perlu buat dahulu skrip yang akan digunakan oleh watak-watak di dalam video itu.

Dalam skrip ni anda perlu nyatakan apakah situasi latar belakang video ini, dialog-dialog yang akan dicakap oleh setiap karakter, dan juga sebarang dialog yang akan dijadikan sebagai ‘voice over’ dan bukannya dicakap oleh watak dalam video.

  1. Pre-Production

Dalam ‘pre-production’, ‘Production Manager’ perlulah sediakan lokasi untuk shooting, siapakah pelakon-pelakonnya ataupun host, sediakan pakaian yang akan digunakan oleh mereka, jadualkan waktu shooting setiap karakter, dan uruskan ‘crew’ shooting seperti Director, Director of Photography (DOP), Cameraman dan sebagainya.

  1. Shooting

Pada hari kejadian akan berlakulah shooting mengikut pelan yang dibuat pada Pre-Production. Kalau video pendek, 1 hari sudah selesai keseluruhan rakaman. Tapi kalau melibatkan artis, rakaman akan berlaku 2 atau 3 hari mengikut waktu yang dijadualkan untuk artis tersebut.

Ada rakaman dibuat di lokasi seperti rumah, restoran, shopping mall dan sebagainya, ada yang berlaku di ‘green screen studio’. Biasanya green screen studio digunakan apabila melibatkan grafiks yang advance atau apabila ingin letakkan background video yang menarik.

  1. Editing

Selain dari pre-production, fasa editing antara fasa yang memakan masa lama. Bergantung pada ‘duration’ video dan element grafik yang digunakan, ia boleh memakan masa dari 3 ke 7 hari.

Biasanya hanya 1 video editor akan potong, masukkan trasnsition, masukkan grafik, subtitles, cek audio dan sebagai mengikut visi ‘Director’ yang telah disampaikan.

  1. Quality Check dan Hantar Untuk Kelulusan

Selepas video siap editing, ‘Director’ akan cek secara keseluruhan untuk kualiti video tersebut dan adakah ia mengikut apa visi yang ingin disampaikan. Akan ada seorang lagi dari pihak production manager yang akan buat ‘quality check’ dari segi ejaan, maklumat penting seperti no. telefon, akaun bank dan nama website yang dipaparkan di dalam video tersebut.

Selepas ianya diteliti, ia akan dihantar kepada pihak client untuk dapatkan kelulusan dari mereka.

Selepas selesai kelima-lima proses ini dan mendapat kelulusan daripada pihak klien, video ini akan ‘render’ dan diberikan versi HD kepada klien untuk penggunaan mereka.

Video Distribution Channel

Apabila video final ada di tangan, kini kita akan ke fasa paling penting dalam video marketing, iaitu Distribution.

Suksesnya video marketing kita bergantung pada berapa ramai orang akan nampak video ini dan di mana mereka nampak.

Platform paling utama untuk anda edarkan video ini adalah di Facebook. Kecuali anda memang ada ‘social presence’ yang kuat di Youtube, anda boleh viralkan video anda melalui Youtube.

Tapi dalam artikel ini kita hanya fokus kepada Facebook sahaja.

4 Langkah Selepas Anda Publish Video Di Facebook Page Anda Untuk Tingkatkan Viewers

Pin to Top Selepas Publish Video.

Selepas anda publish video di Facebook, pastikan anda ‘Pin to Top’ video tersebut. Ini akan menarik sesiapa sahaja yang masuk ke Facebook page anda, secara automatik tonton dulu video tersebut.

Crosspost Video

Kalau anda ada lebih dari 1 Facebook Page, anda tak perlu publish 2 kali secara berasingan di setiap page.

Anda post di Facebook page utama anda, seterusnya berikan kebenaran page lagi satu untuk ‘cross-post’ di page tersebut. 

Dengan membuat crossposting ini, dua-dua page akan menunjukkan viewers yang sama, jadi ianya nampak lebih meyakinkan orang yang menonton.

Promote Link Video Anda Kepada Database

Anda ada channel Telegram, grup Whatsapp yang mengumpulkan orang yang sudah kenal jenama anda ? Tulislah 1 posting dan letakkan link video tersebut dan minta mereka komen dan share video tersebut di dalam media sosial mereka.

Ini sangat penting kerana video yang mendapat engagement banyak, akan mendapat ‘organic reach’ yang lebih banyak daripada audience luar yang belum pernah tahu tentang jenama kita.

Buat Iklan Berbayar Untuk Viralkan Video Anda

Kalau Facebook page anda memang kurang engagement dan kurang aktif, pada permulaan ia agak sukar nak dapatkan reach orang untuk lihat video anda.

Pada masa ini, anda harus gunakan kelebihan iklan berbayar yang disediakan Facebook itu sendiri.

Dengan iklan berbayar di Facebook, video anda akan sampai kepada lebih ramai orang yang di dalam ‘target market’ anda seterusnya ia akan menaikkan engagement video anda sebab ia sangat relevan dengan orang yang menontonnya.

Adakah Anda Perlu Lantik ‘Video Production Agency’ untuk Buatkan Video Marketing Anda ?

Jawapannya subjektif. Ya dan juga tidak.

Kalau anda sekadar nak buat video yang biasa, video live atau video kongsi pengalaman dan bercerita kepada audience anda, jawapannya TIDAK.

Tapi kalau anda ingin besarkan pasaran anda dengan menarik perhatian ratusan ribu orang di luar sana dengan video yang sangat menarik, anda wajib hire video production agency.

Sebab sesebuah video production agency tidak bekerja seorang. Mereka ada team mereka sendiri.

Penggambaran video yang melibatkan director, cameraman dan production manager

Bayangkan hampir 6 ke 10 orang bekerja untuk siapkan video anda. Idea mereka, pengalaman mereka, strategi mereka, kajian yang mereka telah buat yang terbukti berkesan, semuanya akan digunakan untuk memastikan video marketing anda capai objektif yang telah ditetapkan.

Keduanya, untuk hasilkan video yang berkualiti tinggi, peralatan yang digunakan juga perlulah ‘high spec’. Bukan rekod video guna fon. Kamera mereka besar dan berkualiti, mampu rekod dalam kualiti yang tidak ada di dalam telefon bimbit kita.

Syarikat video production agency perlukan peralatan lighting yang mahal untuk menunjukkan setiap watak dengan cantik. Mereka perlukan komputer berkuasa tinggi untuk edit video yang telah shoot dengan baik.

Setiap peralatan ini memakan kos yang besar. Bukan setakat itu, team mereka telahpun mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing. Penulis skrip tahu skrip apa yang sedang menjadi di pasaran dan apakah gaya bahasa sesuai nak digunakan.

Director tahu jenis video yang bagaimana mampu buatkan pelanggan untuk ingin tonton video tersebut.

Dan juga team lain yang dalam sebuah video production agency.

Kesimpulan

Anda wajib mula buat video marketing kalau nak terus kembangkan jenama dan produk anda. Kalau belum mula lagi, mulakan langkah pertama dulu. Buat la video selfie bercerita dan berkongsi pengalaman. 

Buat la video Live dan bercakap dengan audience anda.

Anda akan semakin yakin dengan kuasa video marketing. Barulah anda berani nak invest untuk video yang lebih berkualiti, lebih berstrategi yang akan bantu kembangkan jenama anda ke tahap yang luar biasa.