SEMUA ORANG YG BOOMKAN BISNES DIA, GUNA INFLUENCER MARKETING… EHH, KEJAP…INFLUENCER MARKETING TU APA BENDA SEBENARNYA ?

Apa Itu Influencer Marketing ?

Kalau cakap tentang iklan, apa benda yang terus muncul dalam otak kita ? FB Ads, Google Adwords, Promote produk dekat profile, Buat video live share dalam grup2…Benda ini yang akan kita fikir, betul ? Sebab apa, ini lah jenis marketing yang selalu kita buat…

Tetapi ada satu jenis marketing yang jarang orang guna, kalau guna pun, dengan cara yang salah. Ya, itulah Influencer marketing yang saya cerita dari tadi…Influencer maksudnya orang atau entity yang berpengaruh. So sebagai seorang pemilik bisnes, kita mengambil peluang akan status mereka, untuk iklankan produk atau brand kita.

So, siapakah yang akan jatuh dalam kategori influencers ini ?

  1. Social media besar spt Siakap keli, Pen Merah, Oh Media dan sebagainya.
  2. Artis2 pelakon dan penyanyi.
  3. Instafamous
  4. Blogger2 yang mempunyai banyak followers di social media mereka.

Kenapa Influencer Marketing More Berkesan ?

  1. Ianya ORIGINAL

Kebanyakan influencer ini mendapat followers yang ramai bukan dengan cara memberikan konten2 yang menarik sampai membuatkan orang mula follow mereka. Sebab di internet walaupun kita tak Nampak sama ada followers seseorang itu orang betul atau tidak, aktif atau tidak. Tapi bila dengan influencer, followers mereka adalah Original dan sangat High-Engaging dengan konten yang mereka dpt drpd influencer tersebut.

  1. Lebih Meyakinkan

Cuba bayangkan 2 situasi ini, kita sebagai owner produk sendiri sedang promote produk kita kepada orang lain. Situasi kedua, seorang influencer yang mempunyai peminat setia dia sedang promosikan produk kita kepada peminat dia. Yang mana agak-agak lebih berkesan ? Mestilah influencer itu, sebab ia Nampak lebih Genuine dan dia mempunyai peminat atau fans yang percaya pada dia & sanggup ikut apa yang dia suruh. Sebab tu lah, produk-produk besar suka amik artis jadi ambassador, sebab peminat mereka pasti akan guna barang apa yang artist itu pakai.

  1. JIMAT Kos

Bab ni sangat penting. Untuk pastikan mana-mana iklan berkesan, kita perlu meyakinkan pelanggan dengan produk dan servis kita. Kalau kita sedang target iklan kepada orang baru, kita perlu mula dari awal proses meyakinkan pelanggan. Baru la mereka percaya dan respon pada iklan kita. Tapi bila guna influencer marketing, ia menjadi sangat mudah, sebab peminat mereka sudahpun percaya pada influencer tersebut. Tinggal kita minta mereka untuk promote produk kita, terus peminat tersebut sedia untuk mengambil tindakan seterusnya seperti membuat enquiry dan membeli.

So itulah antara 3 kelebihan kalau gunakan influencer marketing. Saya bagi contoh lain pula kalau korang tak paham lagi…Cuba amik Oh Media sebagai contoh…Dengan 3.4 Juta Followers, mereka antara media yang akan deliver news2 paling latest, sama ada dalam politik, sukan atau kategori lain. Peminat mereka sangat high engaging, setiap post mesti dapat beribu2 komen dan likes..Kalau video, lagi la dahsyat pergi dia…So bila mereka promote produk kita, bayangkan perginya mcm mana haaa…

“Tapi Jangan Buat Influencer Marketing Dengan Cara Salah !!”

“Bukan sekadar bayar mereka suruh post sekali lepastu harapkan sales berjuta masuk”

Bagaimana Cara Yang betul ? Haa ini antara tips yang saya share tentang Influencer Marketing…

CARA EFEKTIK MEMBUAT INFLUNCER MARKETING

  1. Konten – Jangan sekadar amik gmbr buruk2 nak suruh promote pada influencer. Gambar perlu gempak, menarik, buat org tengok bnyk. Kalau boleh, Video lagi power kalau guna influencer ni. Lagi best kalau video ada emotional storytelling, atau benda kelakar. Cepat jadi Viral !
  2. Kempen – Marketing perlu ada kempen. Contohnya kempen bulan Ramadhan, kempen merdeka, atau kempen tahun baru. Di mana dalam kempen tersbut, kita publish konten yang relevant dengan temanya. Jadi ia akan dapat berikan respon yang lebih baik dlm strategy influencer marketing kita.
  3. Tempoh – Influencer marketing ini bukan sekadar bayar sekali dan suruh post je konten kita kita. Perlu lah ada ulangan, atau followup. Menurut kajian dulu orang perlu lihat iklan 7 kali baru beli. Tapi pada masa ini, seseorang perlu tengok iklan kita sekurangnya 16 kali baru akan beli. Jadi, cuba workout sesuatu plan dengan influencer tersebut dan lihat jika boleh dapat pakej berbaloi jika kita buat iklan secara berterusan.

Tak semestinya ia perlu post besar. Mungkin utk seminggu pertama, kita nak seedingkan brand kita dengan peminat influencer tu hanya dengan letakkan nama brand kita di bawah setiap gambar konten yg mereka publish…Minggu kedua baru kita buat post oenuh tentang produk kita. Dengan ini, ianya lebih efektif utk smpikan brand kita kepada followers tersebut.

Jadi itulah serba sedikit tentang influencer marketing dlm artikel kali ini. In shaa Allah saya akan share lagi idea atau strategi lain utk bangunknan brand dan bisnes kita dalam artikel yang seterusnya. Haa lupa, kalau anda berminat nak buat iklan di social media seperti Siakap Keli, Pen Merah, Oh Media, boleh contact Kaya N Kaya Viral, kami ada sediakan pakej yg jauh lg rendah dr market price…Hehe, Saja Promote..Orait tq semua baca sampai habis..See you soon…

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

More To Explore

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch