KUALA LUMPUR: Pengarah Wan Utama (FDAM) yang juga Pengarah Kreatif Kaya N Kaya Viral menghadiri malam Tayangan Gala Filem Deleted , sebuah Filem terbitan Produksi Singapura dan Malaysia.
Filem Deleted arahan pengarah Singapura Kent Ng menampilkan pelakon-pelakon hebat dari Malaysia dan Singapura iaitu Dato’ Rosyam Nor, Fattah Amin, Edmund Tay, Vincent Ng, Henley Hii dan ramai lagi.

Dato’ Rosyam Nor dan Fattah Amin bersama barisan pelakon Filem Deleted ketika Tayangan Gala Filem Tersebut di dadi Cinema Pavillion KL
Filem aksi Deleted ini menampilkan isu pemerdagangan manusia yang pernah menggemparkan Malaysia dan Singapura satu Ketika dulu.
“Saya suka filem ni, sebab pembawakan dan jalan cerita yang mudah dan straight to the point. Walaupun pembawakan yang mudah, tetapi pengarah masih selitkan beberapa plot point yang menambah rencah dalam filem ini,” komen Wan Utama Ketika ditanya selepas selesai menonton Filem Deleted semalam.
“Macam biasa, masih ada ruang yang boleh di tambah baik terutama pada aspek CGI dan Kesan Khas kerana saya faham CGI dan kesan khas bukan satu perkara yang mudah untuk di lakukan tanpa editor yang berpengalaman, namun secara keseluruhan Filem ini seronok untuk di tonton dan ada sedikit vibe filem Hongkong pada permulaan cerita.” Katanya lagi.
Untuk Filem Deleted ini, Kaya N Kaya Viral dan Kaya Viral Studios akan mengadakan sesi temubual khas menerusi rancangan FBLIVE Action Talk yang dihostkan oleh Wan Utama bersama Dato’ Rosyam Nor, Edmund Tay, Vincent Ng dan Pablo Amirul pada 15.9.2022 dan Fattah Amin pada 16.9.2022.
FBLive Action Talk akan di siarkan secara langsung serentak di FB Page Kaya N Kaya Viral, Koleksi Viral, Mat Minat Filem, Suka Filem dan Brader Filem.
Saksikan Highlight Tayangan Perdana Filem Deleted:
