Payment Gateway Malaysia | Apa Itu Payment Gateway & Kenapa Anda Wajib Ada ?

payment gateway malaysia

Payment gateway Malaysia ada banyak. Paling banyak anda semua dengar ialah iPay88, Molpay dan lain-lain. Tapi ada juga payment gateway provider yang lebih ‘beginner-friendly’. Tapi sebelum itu…

Apa Itu Payment Gateway?

Siapa yang buat website atau buat ecommerce, wajib tahu salah satu requirement atau benda wajib perlu ada ialah Payment Gateway.

Payment gateway ni secara ringkasnya adalah satu platform untuk menerima duit daripada pelanggan secara terus dr akaun bank diorang dan ditransfer ke akaun bank syarikat penjual.

Tanpa ada platform payment gateway ni, penjual tidak boleh terima duit direct dari akaun bank pembeli tanpa pembeli login ke dalam online banking sistem mereka.

Penting ke Payment Gateway ini ?

Penting sangat. Tanpa ada payment gateway di landing page, ada 2 cabaran seorang usahawan online perlu hadapi.

1. Pelanggan anda perlu login ke dalam online banking, kena masukkan no. akaun penjual secara manual, tunggu TAC number dan baru la approved payment ke penjual untuk membeli produk yg dijual.

Tapi bila ada payment gateway ni, customer tak perlu tahu pun no.akaun bank anda, daripada website terus boleh proceed ke page pembayaran, pilih bank, dapat TAC number dan terus approve payment.

Itu yang pertama.

Cabaran kedua ialah..

2. Bila tidak ada payment gateway, penjual perlu buat manual check utk pastikan duit yang ditransfer oleh customer telah masuk ke dalam akaun bank penjual dengan semak resit transaction yang diberikan customer.

Ada juga chances customer boleh cuba menipu dengan hantar resit yang di’edit’..kalau penjual terlepas pandang, dah kena tipu dengan customer nanti.

Tapi dengan ada payment gateway, sistem hanya akan sahkan pembelian apabila pelanggan betul-betul dah buat pembayaran.


Baca Juga:


Nak pilih provider mana satu ?

Tapi anda perlulah pilih payment gateway yang sesuai untuk dengan skala bisnes kita.

Setiap payment gateway mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Contoh seperti ada yang interest rate per transaction rendah berbanding yang lain.

Ada yang proses kelulusannya lebih cepat dan mudah berbanding yang lain.

Ada yang lebih stabil berbanding dgn yang lain.

Dan ada juga yang kestabilan dalam proses payment dari kad kredit lebih kuat berbanding lain.

Selepas pernah deal dengan beberapa jenis payment gateway berbeza, bagi saya yang paling efektif ialah Toyyibpay.

Ini kerana Toyyibpay mempunya proses payment yang lebih cepat, cara daftar yang lebih mudah dan kelulusan yang cepat, dan caj transaksi yang murah.

Untuk anda yang ingin membuat website utk bisnes ecommerce anda dengan cepat dan mudah, Toyyibpay ialah pilihan paling selamat.


Ikuti lagi tips, perkongsian dan kisah kisah kejayaan kami di blog ini. Semoga anda terus Kaya di akaun bank dunia N Kaya di akaun bank akhirat serta sentiasa Viral sentiasa.

Whatsapp 0172055384 dan type kod ‘Nak Strategi Iklan’ untuk team kami bantu beri pencerahan idea baru ini!

Follow FB/IG: Kaya N Kaya Viral | Hj Adam Richman.
Youtube: Kaya Viral Channel

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

More To Explore

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch