Case Study: 2 Bisnes Klien Yang Masih Menjana Untung Dengan Online Marketing Walaupun Dalam Tempoh PKP

Caset Study: 2 Bisnes Klien Kami Yang Masih Untung Buat Online Marketing Walaupun Dalam Tempoh PKP

Hi, saya Cikgu Don, director of social media di Kaya N Kaya Viral.

Dalam artikel ni saya nak share 2 kempen online marketing yang kami run yang memberikan return yang sangat berbaloi dan mengguntungkan untuk klien kami.

1. SERVIS KATERING

Kalau anda perasan, bisnes makanan antara industri paling laku ketika PKP. 

Amik staf delivery atau pakai je apps seperti BungkusIt atau hire rider sendiri untuk setiap delivery.

Untuk klien ini, kami buat iklan di 2 platform. Google Ads & Facebook Ads

Google Ads
Target kami untuk Google Ads ialah untuk cari syarikat, jabatan kementerian atau NGO yang ingin tempah makanan dalam amount banyak setiap hari.


Untuk iklan ni kami target keywords seperti
pakej catering, katering kl, katering murah dan sebagainya.

Iklan ini kami run dari March 29 – April 18

Tempoh: 20 hari
Total Spent: RM737
Close Client: 4 – 5
Sales: RM10,000+


Client yang conform, book untuk sepanjang tempoh PKP. Sebab sekarang orang tak boleh beli di luar, orang nak delivery.


Jadi banyak syarikat dan kementerian sponsor makanan untuk staf mereka dan orderkan sekali.

Landing Page

Landing page kami guna sangat simple dan straight-forward. Tak perlu nyatakan pasal latar belakang syarikat, testimoni, semua jenis pakej yang ada.

Ini struktur landing page kami: 

 

  1. Ada Headline yang relevan – Contoh: “PAKEJ KATERING BANTUAN SEMPENA COVID-19 BY CBA CATERER”
  2. Nyatakan Details Delivery – FREE Delivery, Area apa yang anda cover, hari dan masa beroperasi
  3. Gambar – Letakkan 4 – 5 gambar menu makanan. 
  4. Cara Contatct – Kami ada letak borang untuk orang isi untuk dapatkan quotation. Dan juga letakkan no.fon kami.

FACEBOOK ADS

Sekarang dah bulan puasa. Kempen terbaru kami untuk klien katering ini adalah Menu Buka Puasa.

 


Klien ini ada 3 menu khas untuk buka puasa, tapi kami ambil killer produk dia, iaitu Set Nasi Lemak Berlauk. Range 1 set dia adalah RM6 – RM8.


So kami runkan iklan Story Ads & iklan Messenger Ads di Facebook & Instagram. Kempen ini sehingga sekarang masih run.


Purata sehari budget iklan RM60. Boleh dapat sales RM200 – RM300 setiap hari.


Sebab dalam ni ada dapat order dari jabatan kerajaan yang order dalam kuantiti besar. Alhamdulillah.

Spend FB Ads Klien Katering

2. PRODUK SHAMPOO RAMBUT GUGUR

Kalau bisnes no.1 tadi adalah servis, ini adalah bisnes produk. Shampoo untuk masalah rambut gugur wanita. Strategi iklan untuk klien ini simple.


Kami hanya run iklan Instagram Ads. Iklan di Story dan juga di Feed Instagram.


Kenapa IG ? Sebab mengikut kajian, target market produk ini banyak di Instagram berbanding Facebook.


Dan kos per lead iklan IG jauh lebih rendah dari iklan di Facebook

Gambar / Video

Untuk iklan produk shampoo ini, ada banyak jenis gambar dan video yang saya test, tapi video-video ini yang paling respon tinggi:

  1. Video gif model wanita dengan rambut panjang
  2. Video wanita tunjuk cara pakai shampoo. (Tonton Video Di Bawah)
  3. Video review oleh Instafamous

Copywriting (Ayat Iklan)

  1. Saya guna copywriting versi pendek
  2. Ada headline, 3-5 benefit produk, Promosi, Call-To-Action

Setting target audience

Ini bab paling penting. Siapa kita nak target yang mampu untuk beli produk kita


  • Saya memilih orang yang berumur 30 dan ke atas. Wanita (Sudah tentu)


  • Married (Mengikut kajian, pelanggan produk ini hampir 95% adalah wanita yang berkahwin).

    Lagi satu sebab saya pilih interest Married, sebab ia filter betul-betul wanita yang mampu beli shampoo harga RM100.


Targetting ini saja sebenarnya dah cukup, tapi saya nak ia lebih
targettedJadi kami buat lookalike Audience.

Iaitu audience yang ada behavior lebih kurang sama dengan data kita yang sedia ada.


Antara lookalike audience kami buat ialah:

  1. Database orang yang pernah beli shampoo ini sebelum ni.
  2. Orang yang pernah engage dengan page ini
  3. Orang yang pernah wasap kami tapi belum beli.

Lookalike percentage dia pula saya ambil sehingga 3%

Ini result iklan, sepanjang bulan April, untuk iklan produk shampoo:


Total Spent: RM6,000+
Total Sales: RM21,000+

Ini sales tambahan kepada klien ini ketika masa PKP sebab sumber utama beliau adalah daripada sistem agen.


Cuma buat masa PKP ini, nak rekrut agen dan stokis baru agak mencabar, jadi iklan direct sales ini dapat cover sales overall pada masa ini.


So itulah antara 2 bisnes klien yang kami jalankan online marketing, yang mengguntungkan walaupun masa dalam tempoh PKP.

ADAKAH ANDA MASIH PERLUKAN SERVIS DIGITAL MARKETING UNTUK BISNES ANDA ?

Isikan maklumat di bawah dan kami akan hubungi anda dan berikan konsultasi lebih lanjut!

017-205 5384

Inginkan Konsultasi Pemasaran PERUMA ? Hubungi Kami Di Nombor Di Atas

RM10,000,000 Jualan Dicapai Untuk Klien

Lebih 1,000 Klien Yang Kami Manage Sepanjang 5 Tahun

RM1,000,000+ Budget Iklan Online Dibelanjakan

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

More To Explore

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch