KNKV Studios terbitkan Tun Fatimah VS Black Widow

SHAH ALAM – Selepas kejayaan Filem Pendek Mat Kilau vs Hang Tuah dalam universe “Bagaimana Kalau”, kini tiba giliran Sosok Serikandi Melayu – Tun Fatimah,  diangkat  dalam siri terbaru ‘Bagaimana Kalau’ terbitan KNKV Studios.

Dalam siri parodi aksi terbaru ini, Tun Fatimah akan ‘dipertemukan’ dengan karakter superhero terkenal Marvel, Black Widow.

Menurut Pengarah Wan Utama (FDAM), ‘Universe Bagaimana Kalau’ akan terus mengekalkan konsep merealisasikan imaginasi liar dalam bentuk aksi yang mana ia akan menjawab persoalan bagaimana sekiranya karakter pahlawan Melayu berentap dengan karakter superhero Antarabangsa.

“kali ini saya memilih karakter Serikandi Tun Fatimah bagi menunjukkan bahawa kita juga ada karakter wanita yang hebat untuk diangkat sebagai idola dalam dunia aksi. Untuk memberi impak yang maksimum, saya perlu melakukan sesuatu yang lain daripada lain, justeru saya temukan Tun Fatimah dengan Black Widow supaya filem pendek ini mampu memberi satu gambaran yang hebat untuk kita layan!” ujarnya lagi.

Tunjang utama Tun Fatimah vs Black Widow. Dari kiri, Fatih Mohtar, Fiza Tijani, Pengarah Wan Utama dan Jasmine Kaar.

Siri parodi aksi Tun Farimah VS Black Widow akan diarahkan sendiri oleh Wan Utama yang turut mengarahkan Mat Kilau Vs Hang Tuah. Pengarah Wan Utama sebelum ni telah menghasilkan pelbagai Filem pendek, Iklan TV, Rancangan TV serta Video Viral ,  yang diterbitkan oleh produksi Kaya N Kaya Viral Sdn. Bhd.

Adabi, SASBADI, XES Shoes, PMB Investment, HomePro dan KAMDAR adalah antara jenama besar yang pernah mendapat sentuhan Pengarah Wan Utama didalam video-video iklan mereka.

Pelakon aksi Fiza Tijani telah dipilih sebagai Tun Fatimah manakala Jasmine Kaar telah dipilih sebagai Black Widow. Pakar silat dan koreografi aksi berpengalaman, Fatih Mohtar pula terus diberi kepercayaan untuk merencanakan babak aksi perlawanan untuk siri kali ini.

Tun Fatimah vs Black Widow akan menjalankan pengambaran pada Januari 2023 dan dijangka akan disiarkan pada 18 Januari 2023 di Youtube Channel KNKV Studios.


Mat Kilau vs Hang Tuah:

Share This Post

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch