Kaya N Kaya Viral Latih Pasukan Jualan Go Auto Van

SELANGOR: Go Auto Van, sebuah syarikat pengeluar serta menghasilkan Van tempahan khas  telah mendapat sentuhan serta latihan berkenaan teknik-teknik menjual oleh En Rifaiq, Pengarah Jualan Korporat Kaya N Kaya Viral Sdn.Bhd.

Dalam sesi latihan serta pengajaran yang berlangsung selama satu hari itu, En Rifaiq yang juga merupakan seorang Master Trainer bertauliah telah berkongsi strategi jualan serta cara berkesan ‘Sales Closing’ bagi memastikan pasukan Jualan Go Auto Van dapat menghasilkan jualan yang disasarkan.

En. Rifaiq (5 dari kiri) bersama pasukan jualan Go Auto Van (GVT)

“Saya gembira dapat berkongsi ilmu, strategi dan teknik-teknik jualan yang bukan sahaja telah terbukti berkesan, tetapi apa yang penting saya dapat bantu mereka untuk mereka bantu syarikat mereka menjana jualan yang disasarkan”

“Produk mereka bukannya produk biasa yang terdapat di pasaran kerana perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah perkhidmatan kepakaran khas yang saya pasti teknik jualan serta ‘sales closing’ yang harus mereka lakukan semestinya tidak sama dengan produk-produk biasa yang lain”

“Justeru khusus untuk Go Auto Van, saya telah merangka satu modul khas supaya mereka dapat jadikan panduan dalam melakukan jualan sekaligus memastikan setiap perkhidmatan serta produk yang mereka jual dapat menjana jualan yang utuh” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan semalam.

Share This Post

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch