Kaya N Kaya Viral Hasilkan Drama Aksi Merdeka Untuk PMB Investment

KUALA LUMPUR: Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd terus mendapat kepercayaan jenama-jenama besar tanah air apabila telah dipilih untuk menghasilkan sebuah video pendek drama aksi bersempena bulan Kemerdekaan tahun ini untuk  PMB Investment Berhad, sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC) di bawah Kumpulan Pelaburan MARA.

Drama aksi yang diberi judul Kampung Bahagia itu dibintangi oleh Ropie Cecupak, Chaoi Power dan Patrick Wee sebagai teraju utama dan turut di hiasi oleh para pelakon pelbagai kaum sesuai dengan tema Kemerdekaan yang dibawa.

Barisan Pelakon, Crew Produksi Kaya N Kaya Viral dan Pengarah Drama Aksi Kampung Bahagia di set pengambaran bertempat di Selangor Fruit Valley

Untuk memberi kelainan, drama aksi pendek Kampung Bahagia ini menyelitkan aksi berlawan tangkas yang di koreografikan oleh pakar seni silat berpengalaman,   Fatih Mohtar yang juga merupakan bekas Artistana Istana Budaya.

Pengambaran yang berlangsung di Selangor Fruit Valley ini telah diarahkan oleh Pengarah Wan Utama (FDAM) dan drama pendek ini akan di tayangkan secara eksklusif di laman Facebook Rasmi PMB Investment pada 31 Ogos 2022 ini!

Saksikan Drama Aksi Kampung Bahagia sekarang!:

Share This Post

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch