Seiring dengan perkembangan teknologi dan multimedia, kaedah pemasaran juga mengalami perubahan yang mendadak. Kita dapat lihat pemasaran digital menjadi semakin popular dan kompetitif berbanding pemasaran secara ‘brick and mortar’.
Salah satu cara yang boleh dibuat untuk meningkatkan ‘brand awareness’ kepada masyarakat adalah dengan membuat video company profile. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan video company profile?
APAKAH VIDEO COMPANY PROFILE
Video company profile mengandungi maklumat tentang sebuah syarikat dengan tujuan memperkenalkan latar belakang atau bisnes yang dijalankan.
SEBENARNYA PENTING ADA VIDEO COMPANY PROFILE
Anda perlukan video company profile jika anda mahu sebarkan ‘awareness’ tentang jenama anda. Selain itu, ini antara kepentingan video company profile:
- Video Lebih Menarik Daripada Tulisan
- Kaedah Penyampaian Yang Lebih Efisyen
- Bajet Rendah, Hasil Maksimum
- Profesional
- Boleh Dikongsikan Di Berbagai Platform
1. VIDEO LEBIH MENARIK DARIPADA TULISAN
Harus diakui, ramai orang akan lebih tertarik untuk menonton video daripada membaca profil syarikat yang penuh dengan tulisan. Dengan adanya video company profile, syarikat anda akan lebih dikenali oleh lebih banyak audience. Orang yang memang sangat tertarik dengan syarikat anda tentunya tidak keberatan untuk membaca, dan mereka yang masih tidak mengenali tentang syarikat anda akan lebih mudah tertarik untuk mengetahui lebih lanjut melalui video tersebut.
2. KAEDAH PENYAMPAIAN YANG LEBIH EFISYEN
Media berbentuk video juga dapat memberikan informasi yang lebih banyak dalam waktu yang lebih singkat. Sebuah video tidak hanya dapat menyampaikan informasi berupa tulisan, namun dapat juga menyampaikan suara dan gambar dalam satu masa. Oleh itu, video anda akan lebih ‘melekat’ di hati konsumer.
Dengan pengguna aktif yang mempunyai berbagai latar belakang, video company profile anda menjadi potensi besar ‘dirisik’ konsumer yang ada kaitan dalam bidang perkhidmatan atau produk yang anda jual.

3. BAJET RENDAH, HASIL MAKSIMUM
Menghasilkan sebuah video company profile mungkin memerlukan kos yang tinggi tetapi video ini boleh digunakan banyak kali. Berbanding dengan majalah atau surat khabar yang memerlukan pencetakan berulang kali sekaligus menelan kos yang tinggi.
Baca Juga Artikel:
- Apa Itu Payment Gateway ?
- Apa Beza Google Ads Dan Facebook Ads ?
- Bila Waktu Post Facebook Dan Instagram Yang Terbaik ?
4. PROFESIONAL
Membuat video company profile tentunya ada keuntungan tersendiri. Konsumer dan kompetitor akan melihat jenama anda lebih ‘well established’. Mereka juga melihat syarikat anda lebih serius untuk mengembangkan jenama anda.
5. BOLEH DIKONGSIKAN DI BERBAGAI PLATFORM
Dengan teknologi sekarang, video dapat dikongsikan di berbagai-bagai platform media sosial tak kira masa dan di mana juga. Malah, tak kira lapisan umur, minat, mahupun demografi sosial.
Menurut Malaysia Gazette, peratusan capaian isi rumah kepada Internet menunjukkan peningkatan kepada 91.7 peratus pada tahun 2020 berbanding 76.9 peratus pada 2016.
Oleh itu, anda dapat lihat perkembangan teknologi yang semakin canggih dan apabila video company profile anda dikongsikan di sosial media, sekelip mata saja video anda akan menjadi ‘viral’.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, banyak kepentingan untuk anda membuat video company profile untuk jenama anda. Video ini dapat digunakan berulang kali dalam jangka masa panjang. Dengan itu, anda dapat menjimatkan kos syarikat anda dalam bidang marketing dan tentunya membuatkan syarikat anda terlihat lebih profesional berbanding kompetitor.
Jika anda memerlukan perkhidmatan pembuatan video company profile, Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd bersedia membantu anda dalam memperkenalkan jenama anda di mata masyarakat.