4 JENIS RETARGETING YANG AKAN MENGIKAT PROSPEK PADA BRAND ANDA SAMPAI BILA-BILA.

Salam dan hai semua. Dalam post kali ini saya akan cerita tentang facebook dan retargeting.

Apa itu retargeting ?

Ianya istilah untuk membuat marketing kepada prospek kita yang pernah nampak iklan kita.

Kenapa remarketing penting ?

Kajian menunjukkan iklan kita perlu dilihat sekurangnya 16 kali untuk membuatkan pelanggan membeli produk kita atau servis kita. Jadi kalau kita buat iklan kepada orang yang berbeza-beza, ianya kurang memberikan impak. Sebab itulah retargeting ini sangat bagus, sebab ia mampu menukar mindset prospek untuk mendapatkan produk atau servis kita selepas lihat iklan berulang kali tentang brand kita.

Jadi dalam post ini saya akan cerita tentang retargeting yang ada dalam facebook yang berkesan. Semakin lama, semakin banyak retargeting yang boleh dibuat di facebook. Awalnya hanya boleh retarget kepada orang dengan gunakan nombor fon database kita sahaja, tapi sekarang ada macam-macam jenis retargeting. Di sini saya listkan setiap satu yang paling berkesan untuk bisnes anda.

  1. Retarget Gunakan Database No.Fon & Emel Kita.

Kalau anda membuat bisnes online, mesti anda akan rekod database setiap pelanggan. Bukan sahaja pelanggan, prospek yang berminat dengan produk kita pun, kita akan rekod maklumat mereka. Antara data penting kita rekod ialah no.fon dan emel. Data inilah yang kita perlu simpan di file Excel & upload di Facebook Audiences untuk retarget khas kepada mereka sahaja.

  1. Retarget Pada Engagement Yang Berlaku di Page.

Bahagian ini sangat menarik. Ada banyak pilihan di dalam kategori ini. Retargeting pertama kita boleh buat dalam page adalah, video views. Jika anda pernah buat video dan iklankannya, anda boleh retarget sesiapa yang pernah tonton video tersebut & buat iklan khas kepada mereka sahaja. Contohnya anda buat video secara bersiri. Video pertama di hujungnya ada seeding untuk sambungan ke video kedua. Bila video kedua dilancarkan, buatkan iklan target kepada penonton yang lihat video pertama sahaja. Ini akan pastika orang tersebut melihat kesemua video bersiri kita.

Selain itu, anda juga boleh retarget orang yang pernah message ke inbox page anda. Apabila orang message ke inbox kita, itu bermaksud mereka sangat berminat dengan produk kita. Dengan retarget kepada golongan ini sahaja, sales anda boleh meningkat.

Seterusnya, anda boleh retarget pada orang yang pernah engage seperti komen, like, share post di page anda. Dan juga boleh retarget pada likers page anda.

  1. Retarget pada trafik website kita.

Kalau anda memiliki website dan selalu tarik trafik ke website, feature ini sangat berguna. Anda ada option untuk retarget pada semua orang yang pernah masuk ke website anda ataupun yang pernah masuk ke sesuatu webpage dalam website tersebut sahaja. Contohnya, anda boleh retarget pada sesiapa yang sampai ke Thank you page website anda. Maksudnya mereka ini adalah orang yang sudah pun membeli produk anda sebelumnya. Retarget kepada mereka boleh berikan efek yang lebih besar sebab menjual kepada pelanggan sedia ada lebih senang berbanding menjual kepada pelanggan baru.

Untuk kuatkan branding pula, anda boleh retarget setiap iklan yang dibuat kepada seluruh visitors website anda tanpa kira orang itu pernah beli atau tidak melalui website kita. Dengan ini, visitors tersebut sentiasa melihat brand kita & peluang untuk dia beli produk kita adalah lebih tinggi.

  1. Lookalike Audiences.

Ini bukan sejenis retargeting. Ini adalah cara bagaimana anda boleh besarkan lagi prospek  retargeting anda. Lookalike audience bermaksud, secara ringkasnya, mencari prospek lain di facebook yang mempunyai ciri-ciri lebih kurang sama dengan ciri-ciri yang ada pada prospek di dalam retargeting anda.

Untuk lebih faham, saya berikan contoh. Katakanlah anda buat iklan video dan sebanyak 1,000 orang sudah melihat video tersebut. Tetapi, data 1,000 orang ini tak cukup banyak untuk berikan anda respons iklan yang nak dicapai. Jadi anda membuat Lookalike audience untuk 1,000 orang ini, di mana facebook akan mencari minimum 250,000 orang lain yang ada ciri-ciri lebih kurang sama dengan 1,000 orang yang anda pegang ini. Dengan ini, prospek anda semakin besar, yang mempunyai ciri-ciri sama, yang akan berikan respon iklan yang lebih banyak bila diiklankan kepada mereka.

Akhir kata, Retargeting adalah aspek yang sangat penting di dalam bahagian online marketing. Syarikat online yang besar seperti Lazada & Shopee pun membelanjakan wang yang banyak di dalam retargeting ini sebab ia mampu membawa sales lebih banyak bila membuat marketing kepada orang yang sudah kenal kita terlebih dahulu. Jadi saya harap artikel Kaya Viral ini akan membantu anda dalam membuat pemasaran digital secara lebih efisien pada masa akan datang. Sekian, jumpa di artikel blog seterusnya.

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

More To Explore

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch