SHAH ALAM – Bagi memastikan seluruh pasukan bersedia membawa lebih banyak klien mendepani tahun 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi, Kaya N Kaya Viral telah melakukan persediaan awal.
Pada 26 dan 27 November yang lepas, pihak pengurusan Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd dengan kerjasama Asia Top Master Trainer, Dato’ Dr Lawrence Walter Ng telah mengadakan satu sesi persediaan menyeluruh untuk semua ahli pasukan Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd untuk memastikan segala misi dan visi syarikat yang telah dirancang pada tahun 2023 akan berjaya dilaksanakan.

Dato’ Dr Lawrence Walter Ng ketika sesi bersama pasukan Kaya N Kaya Viral
Menurut Profesor Adjung Hj Adam Richman, CEO Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd, sesi persediaan ini bukan hanya untuk manfaat syarikat semata-mata, tapi ia adalah untuk memastikan semua pelanggan yang telah dan bakal mendapatkan khidmat Kaya N Kaya Viral pada tahun 2023 merasai pengalaman dan hasil yang hebat apabila bekerjasama dengan Kaya N Kaya Viral.
“Kami mahu semua ahli pasukan Kaya N Kaya Viral bersedia secara menyeluruh bagi membantu semua pelanggan kami pada tahun 2023. ‘Cuaca’ Ekonomi dunia pada tahun 2023 dikhabarkan akan ‘mendung’. Justeru, apabila para pelanggan mendapatkan khidmat pemasaran dan pengiklanan daripada kami, kami bakal menjadi payung kepada mereka jika berlaku hujan dan ribut petir ekonomi kelak”.

Profesor Adjung Hj Adam Richman, CEO Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd ketika sesi bersama pasukan

Pasukan Kaya N Kaya Viral bersemangat selepas mendengar taklimat Misi 2023 daripada CEO Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd
“Ini adalah satu tanggungjawab yang sangat berat dan kami ingin pastikan semua ahli pasukan kami memahami dan bersedia untuk menjadi payung kepada para pelanggan kami supaya diakhirnya, selepas hujan dan ribut itu berlalu, para pelanggan kami mampu tersenyum melihat pelangi yang indah dalam rekod jualan mereka”, ujarnya ketika ditemui selepas tamat program dua hari tersebut.
Dalam program tersebut, Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd turut memberi penghargaan kepada ahli pasukan yang telah menunjukkan prestasi hebat sepanjang kuarter ke tiga bagi tahun 2022. Penerima anugerah untuk Staff Terbaik terdiri daripada Asyraf Mohd Sallehuddin (Content Department), Muhamad Faris Mohd Fadzli (Digital Marketing Department) dan Nur Izzati Abd Latif (Pengurusan).

Puan Fadzila Jamsari ketika menerima Anugerah Khas CEO dan CFO daripada Puan Sakinah, COO/CFO Kaya N Kaya Viral Sdn Bhd
Penerima Anugerah Pengurus Terbaik pula dimenangi oleh Nur Amelia Syahirah Amirrul (Content Department), Faizul Mat Yusof (Digital Marketing Department) dan Wan Afiqah Najwa Wan Mohd Syukri (Pengurusan). Manakala, Fadzila Jamsari memenangi Anugerah Khas CEO dan CFO.